Wednesday, June 8, 2011

Chan kata tahniah kat saya


Saya diberitahu saya adalah..... (bunyi drum..trrrrrrrrrrrr..~~~~~~~) terima kasih chan 
TAHNIAH!

Salam and well hello there world.

Pertama tamanya: Saya Chan pemilik rasmi blog ini nak mengucapkan TAHNIAH padacik Radiome sebab anda merupakan follower saya yang ke 500!

terima kasih daun keladi ya sayang sayang saya sekalian kerana menyokong Chan. Serius! Aku kalau boleh nak bagi award kat semua follower aku yang rajin baca blog aku (ecececeh)

Pape pun, back to follower aku yang ke 500. Nah ini aku buat special untuk anda! (muka segan)

Adoih, aku dah kata, aku tak pandai mende mende alah ni. hambik kau, maaf ye buruk =,="

Sekian,

Tuesday, June 7, 2011

Contest Kami Kaki Blogging




Assalammualaikum..juga
Saya nak join New Contest : Kami Kaki Blogging juga
Dianjurkan oleh http://ceritafarez.blogspot.com yes betul juga
Sesiapa yang nak join juga sila klik link atau banner di atas juga
Tarikh tutup contest ni pada 02 Julai 2011 juga
Saya nak tag jugak jugak  zhureen,haffiz dan juga salji hitam

Jangan takut hantu "CONTEST JOM TULIS CERPEN"




Nak join jom tulis cerpen.sila ke sini

Jangan takut hantu.

Malam gelap.
Bintang tak ada.
Bulan tak ada.
Bunyi dari televisyen.
Iklan -iklan.
Bosan-bosan.

Telefon bimbit bapak berbunyi.Bergegar satu meja.Tangan bapak menyambut panggilan itu.Garau suara bapak aku tu. "Assalamualaikum,awat?" kata bapak.

"Tolong Ina,Ajih!Dia tak boleh bergerak.Dia kena sampuk!"kata suara dalam telefon.Kedengaran seperti kecemasan."Laa pasai pa pulak dah?" tanya bapak mengambil berat.

Bapak melekapkan telefon ke telinganya.Mukanya tampak serius.Aku pula sedang berlegar-legar di ruang dapur.Menjeling sebentar ke ruang tamu.Ah,cerita bosan di televisyen lagi.Malas nak layan.Apa hal bapak tu?

Aku masuk ke ruang tamu dengan tanda tanya.Muka bapak nampak benar-benar serius."Allahuakbar Allahuakbar!" laung bapak.

Eh,apa pulak ni?Bapak?

"Engkau tak ada kuasa.Tanpa izin Allah engkau sikit pun tak boleh sentuh kami.!"

Aku duduk di atas kerusi dan mula tekun melihat situasi.Apa dah jadi ni?Eh tak boleh jadi.Nak panggil adik-adik naik saksi..(apa hal aku cakap cam skema je.haha)

"Hampa semua!Mai tengok!bapak tengah cakap dengan setan tu kat depan!"aku memanggil adik-adik yang sedang lepak-lepak di bilik belakang.

Kami semua duduk bersila.Apa dia ni?

"Allahuakbar!Allahuakbar!Hang takdak kuasa.Kalau Allah tak izin hang sikit pon takle sentuh!"

"Haa..Ina dah ok dah.Dah sedar dah!" kata suara wanita di dalam telefon.

Bapak meletakkan panggilan itu selepas beberapa minit berbicara.

"Pasal pa tu bapak?" tanya aku.

"Kalau hampa nak tau.Sepupu hampa ni dah lama "benda" ni dok ikut.Sepuluh tahun.Bila dah teruk cari bapak.Benda ni kita boleh buang sendiri.Tak payah la suruh bapak sms suruh sebut kata-kata tu.Tu semua bab tauhid.Betulkan?Benda tu mana ada kuasa.Dia pun harap dan bergantung kat Allah semata."

"Jangan dok sibuk la tanya benda tu mai dari mana.Setan tu dah berjanji nak sesatkan kita.Buang masa ja tanya.Lagi tanya lagi dia dok menipu.Dia pandai nak laga-lagakan orang."

"Tengok la.Bila jadi macam ni kita makin jauh pada Allah.Langsung tak ingat dosa kita dengan Allah.Asyik dok fikir macamana nak balas balik.Apa dosa kita.Dosa orang kat kita.Kita makin jauh dari Allah.Istigfar punya la malas.mintak doa untuk kabulkan punya banyak.Tak malu?"

Tak lama lepas tu,Adik Ina,Shila tengah drive kereta ke KL.

"Aduh!Napa kaki takle gerak ni?" "benda" tu kacau Shila pulak dah.Tiba-tiba Shila teringat kata-kata pakciknya."Allahuakbar! Allahuakbar!Hang takdak kuasa.Kalau Allah tak izin hang takle buat apa-apa!'

Alhmdulillah kakinya boleh digerakkan semula.Di rumahnya pulak "Hang mai dari mana?!"tanya bapak si Ina kepada "hantu" tu. "Aku datang dari Allah!"

Bapak aku gelak bila hantu tu cakap camtu.Hambik hampa.Kali ni hantu jawab betul.Dia memang mai dari Allah.

Alhamdulillah Ina makin ok.Dia tak diganggu dah.Bapak selalu suruh dia dekatkan diri pada Allah.Jangan lupa Allah bila dah ok.Ingat hanya Allah Maha kuasa.

Shila pulak rupa-rupanya dia ada sixth sense la pulak.Kelebihan dia ialah dia boleh nampak apa jadi pada masa lampau.

"Shila,ada budak hilang kat pulau.Tah mana dia pi" kata bapaknya."Shila rasa mayat budak tu tersangkut kat jeti.Baju dia kaler pink kan?Pi la tengok"

Esok tu bapak dia pergi tengok.Memang ada situ.

"Kak,beg duit aku hilang la" kata adiknya Dani."Aku rasa hang letak kat.."kata Shilah.Terus Dani jumpa balik beg duitnya."Motor aku hilang.." adiknya mengadu lagi. "Maaf na.Aku nampak ada hindu tu bawak moto ang kat 7/11.Nampaknya hang takle dapat dah moto ang.Tah la dia pi mana"

"Kak,sat lagi ada pompuan baju biru mai sini beli baju kat hang.Dia tengah jalan tu.."Shila beritahu kakaknya Ina Si penjual baju.

Macam tu lah cik Shila tu.Boleh tau itu ini.Dah lama dia macam tu.Sebelum dia berumur 20an lagi.Bila dia ceritakan pada pak sedaranya a.k.a bapak aku.Bapak aku langsung tak kagum.

"Lebih baik Shila takdak apa-apa langsung" kata bapak."Tapi dia boleh guna untuk tolong orang"kata bapaknya.

"Benda camni boleh buat orang riak.Kan setan dah berjanji.Dia janji nak sesatkan kita.Mula-mula memangla dia bagi.Dia jadi kawan.Tapi dia tu berbudi.Nanti dia minta ganti".tegas bapak.

Sekarang Shila belajar tak pedulikan kelebihannya itu.Makin lama makin hilang kelebihannya itu.Biarlah dia tak ada apa-apa.Bergantung pada Allah selalu.Merendah diri selalu. :)I love you.ahha sempat jugak tu..huhu.

BANYAK-BANYAK ISTIGHFAR.KITA BANYAK DOSA.ASTAGHFIRULLAH

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK



Assalamualaikum..

encik ben ajak tukar link.ni blog sekolah pondok.harap encik ben tak kisah..

kalau anda juga mau join dan mahu promo blog anda.sila klik Sini