Saturday, April 30, 2011

Bhg 2(Tip2 jika anda adalah atau sebelum menjadi pelajar di sini)

.Jadi,kamu memilih pilhan yang kedua.Wow.Ia sebenarnya keputusan yang berani.

Kamu daftarkan nama kamu.Kamu harus bayar RM450 untuk bayaran tahunan.Dengar sini,kamu baru sahaja menjadilkan diri kamu seorang pelajar yang memakai uniform.Tudung putih,baju putih dan kain hijau

Macam ini



.Pakainya dengan baju putih.Jika kamu lihat pelajar2 lain memakai kasut hitam,mereka sebenarnya pengawas sekolah atau pustakawan.

.Ok.Kamu seorang pelajar baru.Kamu ditempatkan di kelas asas juga dikenali sebagai kelas pra.Adad beberapa pelajar baru yang ditempatkan terus ke kelas tahun 1,tahun 2 atau tahun 3.Itu berlaku jika kamu ada belajar asas arab atau sekolah lama kamu adalah sekolah agama pengajian Arab.Saya masuk kelas tahun 1 sebaik sahaja saya mendaftarkan diri.Itu disebabkan saya pernah ambil kursus bahasa Arab untuk orang awam di  sebuah universiti


Jika kamu di kelas-pra juga dikenali sebagai kelas edadi,kamu harus tabah.KAMU TERKEJUT?KENAPA SAYA CAKAP KENA TABAH?!!


Biar saya berterus terang sahaja.Kebanyakan pelajar di Edadi adalah anak2 berumur bawah 15.Kamu masih boleh jumpa pelajar berumur 16,17 atau 18.Kami selalu dapat pelajar baru yang mengejutkan.Sebagai contoh kami ada seorang wanita umurnya 52tahun yang masuk kelas edadi.Namanya Hasnah dan dia bersunguh-sungguh untuk belajar bahasa arab dan agama dari mula.Wow.Dia memberi semangat pada saya untuk belajar di sini lebih lama lagi.Kadang2 kami berjumpa dan bertanya khabar.Beberapa hari yang lepas,secara mengejutnya kami ada pelajar datang dari perak.Dia sebenarnya pelajar universiti(UITM Merbok) yang datang meluangkan masa cuti semesternya(lima bulan) di sini.Namanya Huda.Dia bingung bila dia ditempatkan di dalam kelas sebab da memilih pilihan pertama.Sebab itulah saya suruh kamu buat surat mengatakan kamu mahu pilih pilihan pertama.Klik di sini untuk ingat semula akan surat itu.KLIKLAH!!!!!!!!!!!!!

.Berada di kelas tahu satu juga agak tertekan.Kebanyakkan pelajar berumur bawah 16 dan ada yang suka buat masalah tapi saya ada teman sekelas yang berumur atas dari 16.Contohnya Fatehah umurnya 17,Ayu dari Johor umurnya 20,Ain dari Pahang umurnya 21.Fifi dari kedah umurnya 18

YELAH.kelas Edadi,jujur cakaplaj,benda yang teruk pasal Edadi ialah pelajar2nya sendiri.Ok ada saya  kata "teruk" ?.Itu sebenarnya fakta benar.Tak semuanya pelajar yang teruk.Ada pelajar yang bik perangainya sampai buat awak cair dengan kebaikkannya .Sama saja situasinya jika anda di kelas tahun 1 sampai tahun 5.
YangTERUKNYA adalah mengenai perangai dan sifat pelajar2.Ok kebanyakkan mereka yang datang belajar di sini,alasannya mereka pembuat masalah di sekolah mereka sebelum ini dan mereka di sini untuk melatih diri mereka menjadi orang baik2Mengubah seseorang menjadi yang lebih baik bukan tugas yang mudah.Ia mengambil masa bertahun2 untuk melatih mereka.Jadi,Edadi nampaknya tahun pertama mereka di sekolah ini.Jadi,mereka perlukan masa  untuk menyesuaikan diri.Tertekan betul bila pembuat masalah itu bergaduh dengan pelajar lain terutama sekali bila mereka guna bahasa yang teruk.Saya benci bahasa caci maki dan carut mencarut.

Bagaimana berhadapan dengan masalah ini?Pada pengalaman dan pemerhatian yang saya ada,kamu harus elak dari masuk dalam pergaduhan mereka.Bila mereka sudah reda cuba2lah berkawan dengan mereka.Beri mereka semangat dengan katakan kamu percaya mereka bleh jadi yang lebih baik.Mereka hanya patut berdoa pada Allah terus dan elakkan dari masalah.Jom jadi tabah.Mari lakukan sama2.Kita semua sedang belajar menjadi yang lebih baik.
Mereka sayang kamu jika kamu melayan atau bercakap dengan mereka seperti rang dewasa dan matang.Mereka sayang kamu jika kamu buat perbincangan dan tanya mereka tentang bagaimana memperbaiki kehidupan.Itu sebenarnya topik kesukaan mereka.Jika kamu bagus dalam apa2 seperti bacaan quran,bahasa inggeris,menyanyi atau apa saja,saya mengesyorkan kamu mengajar kawan2 sekolah kamu.Mereka amat sukakan orang yang mengambil berat dan mengajarkan mereka kemahiran.Mereka sayangkan kamu bila kamu perasan tentang apa yang bagus tentang mereka kerana si pembawa masalah selalunya tidak dipedulikan oleh ibu bapa mereka,orang ramai dan keluarga.Orang tak percaya yang mereka boleh baiki atau ubah menjadi orang baik2.Jadi,pergilah bagi semangat pada mereka.Mereka boleh lakukannya.

kamu belajar di sini.Ia akan memotivasi kamu menjadi tabah dan positif.Kemudian kamu boleh beri semangat kepada orang lain pula.
Kebanyakkan pelajar2 baru tidak suka bercakap mengenai diri sendiri.Bukan sebab mereka menyombongkan diri walaupun mereka menolak untuk memberitahu tentang dari mana mereka datang,umur mereka atau apa pun.Ia kerana mereka masih cuba menyesuaikan diri.Ada beberapa hal yang mereka tak setuju.Terutama sekali tandas di sini sangat menyedihkan(tandas2  dan bilik air sedang dibina keran itu)Tapi,saya pasti mereka beritahu juga selepas mereka mendapati kamu baik dengan mereka.Seperti ambil berat tentang mereka.

Ada lagi tip selepas ini.Selepas ini ialah tentang kamu di hostel,fizikal,minda dan jiwa.BERSAMBUNG......



.