Friday, April 29, 2011

Tip2 jika anda adalah atau sebelum menjadi pelajar di sini

Dah buat keputusan?Pilihan perttama atau kedua?

Baiklah kalau kamu pilih pilihan pertama..

Kamu boleh bawa telefon bimbit kamu ataupun laptop bersama.Kamu bebas untuk keluar masuk dari sekolah dengan kereta atau motorsikal.Kamu tak perlukan keizinan dari guru kamu untuk ke tempat membeli belah atau keluar daerah.Kamu tak perlu pakai uniform tapi kamu harus pakai seperti orang islam patut pakai.


Seperti mana yang saya beritahu,pilihan pertama selalu dibenarkan kepada pemohon yang berumur 30 ke atas.Mereka selalunya ragu2 dan tak pasti untuk membenarkan yang umur bawah 30 untuk memilih pilihan pertama.Sebab bila kamu bebas,kamu bebas betul buat benda salah terutama sekali yang tidak menggunakan otak dan yang tak berfikiran matang.Jangan buat bising.Jangan ambil dadah atau pakai apa2 yang tak menunjukkan kamu ini orang islam.

Jika kamu bawa laptop atau telefon bimbit kamu,akibat yang kamu dapat ialah..ala tau saja la budak-budak.Budak2 tu suka betul langgar peraturan.Sebab itulah kamu sebagai penuntut yang baik,kamu patut membimbing.Beri budak2 tu pengaruh yang baik.Saya tak mahu dengar kamu biarkan budak-budak tu main faceook ke atau telefon kekasih dari kediaman pondok kamu.Kalau kamu tertangkap,guru2 tak percayakan kamu lagi dan pemuda-pemudi yang lain akan kehilangan peluang untuk memilih pilihan pertama.Lagi2 Pengetua.Dia pula akan ketatkan peraturan.Lepas tu siapa2 yang umur bawah 30 tak boleh memilih pilihan nombor satu.Rugi betul!

Ok jika kamu memilih pilihan kedua..saya akan sambung di terbitan seterusnya.ok bersambung

Sementara itu..baca ini untuk ingat semula apakah pilihan2 yang ada.jadi kliklah pilihan-pilihan


bendang(sawah padi) ini belakang kediaman pondok pelajar-pelajar.