Friday, April 29, 2011

SURAT UNTUK MEREKA YANG TERFIKIR HENDAK MENJADI PELAJAR DI SINI

Mula2,anda memilih untuk menjadi pelajar yang bagaimana?hmm


Apa pula pilihannya?

.Sebenarnya kami ada dua pilihan untuk belajar.

Satu,kamu daftarkan nama kamu di pejabat,bayar tak lebih dari RM200,kamu akan dapat pondok untuk jadi tempat tinggal semasa anda belajar di sini.Kamu akan hanya belajar agama di masjid.Kamu perlu beli kitab2 agama dari Ustaz Baha dan Ustaz Sofi(Kitab hadith 40,fitnah dajal,hidaytus subyan dan lain2).Kamu boleh belajar baca quran dari guru2 yang tinggal berdekatan.Kamu akan belajar di rumah guru2 itu sendiri.Selalunya pelajar2 yang memilih pengajian ini berumur 30tahun ke atas.,Jika kamu berumur bawah pada umo 30 ke atas,pastikan kamu membuat surat seperti ini.Lihat bawah..sila tengok..

Saya dibenarkan untuk belajar di masjid sahaja.

.Saya dengan nama(nama anda dan no kad pengenalan anda) bebas untk belajar di masjid sahaja dibenarkan oleh ibu bapa saya dan pengetua Encik Mad Mokhtar b Haji Omar Zuhdi.

Tanda tangan pengetua dan ibu bapa

.Kenapa kamu perlu lakukannya?HAAA,..Ia penting.Percayalah.Anda akan tahu kenapa.Buat sahaja.

OKAY

Pilihan kedua ialah

Tanpa ambil kisah berapa umur kamu,kamu boleh saja menyertai kelas di sekolah ini(ada kelas untuk lelaki dan perempuan(asing lelaki perempuan)Ia sekolah agama yang mengajarkan pelajaran bahasa Arab,hadis,feqah,tauhid,akhlaq.syair2 Arab(mahfudzot),burdah dan matematik dalam bahasa Arab.Kami telah diberikan kerja rumah dan latihan.Mereka ada kelas persedia sampailah kelas tahun lima.Mereka akan benarkan kamu belajar walau apa pun tahap pengajian anda dan tak kisahlah umur kamu berapa.Apa yang penting kesungguhan anda untuk belajar.Kamu juga belajar di masjid menggunakan kitab2 agama yang lama.Beberapa di antaranya terjemahan kitab2 Imam Ghazali.Belajar guna kitab hadis 40 dan ada kitab fitnah dajal yang diterjemah oleh pengasas kami sendiri Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi.

Kami ada aktiviti2 yang menarik.Kami pernah ada explorace,permainan cari2 dan beberapa permainan dalam majlis kami buat.

Setiap malam selasa ada muhadarah.Malam itu seperti malam tunjuk bakat dalam nasyid,sajak,syarahan..tapi saya selalu harap ada yang berupaya membuat muhdarah nampak lebih semangat.dan kreatif untuk buat orang rasa best malam muhdarah itu.

Kami ada pengawas2 dan guru untuk melatih kami ikut peraturan sekolah dan agama.Ya,kami akan dihukum jika kami langar peraturan yang mengajar kami jadi orang baik2

Memilih pilihan kedua..hmmm.Jika kamu berupaya belajar hingga kelas tahun lima,ia adalah sesuatu yang hebat.Kerana kebanyakan pelajar2 kelas tahun lima dilatih dengan bagus bahasa arabnya.Kamu boleh terjemahan melayu ke arab lebih baik dari masa kamu di kelas permulaan.Masa mula2 kamu masuk kelas,kamu mesti rasa terkejut sebab 98% buku2nya dalam bahasa Arab.Saya bagi kamu dua minggu.InsyaAllah kamu dapat menyesuaikan diri dengan pengajian.Itu disebabkan guru-guru akan menolong kamu untuk menterjemah.Jadi,jangan bimbang.Tanamkan dalam minda,kamu akan faham bahasa arab tak lama lagi

Tapi!

Saya akan beri kamu tip2 jika kamu pilihan kedua atau yang pertama..jadi..bersambunglah..tunggu.


Bangunan sekolah di sekolah perempuan