Saturday, April 30, 2011

BHG3(Tip2 jika anda adalah atau sebelum menjadi pelajar di sini)

Cuba tengok senior2 .Macamana mereka uruskan segalanya?DIRI!!!MINDA!!!DAN JIWA!!Mereka mesti orang yang tabah.Ya saya hormat mereka.Mereka berjaya bertahan hingga ke kelas tahun 5

Jadi cuba2lah berkawan dengan mereka.Kamu boleh bergaul dengan baik dengan pelajar Edadi,kelas tahun 1,tahun 2 dan tiga.Tapi,kamu tak dapat lepasi kelas tahun 4 dan 5.KENAPA?Kerana mereka mahu kamu hormat mereka.Mereka senior.Jadi berbaiklah dengan mereka seperti katakan "er,kalau saya salah kod pakaian atau apa2,Tolong bagitau lah ya" mereka suka bila kamu cakap camtu.Bila dah dapat kawan dengan mereka,baru boleh nak lompat2 ke atau nak gurau senda dengan mereka.Yeah,ia berhasil pada saya.Kawan saya yang baru masuk sinii ialah orang yang selalu buat benda2 spontan,senior2 suka dia.Saya kagum dengan dia.Namanya Sayazana Farhana.

Jangan tunjukkan kemahiran kamu kalau kamu nak berlagak tentang diri kamu.Mereka suka kamu tunjukkan bakat,ajar mereka dan bagi semangat yang mereka pon boleh buat jugak.

Jika kamu tinggal di hostel,ya ia akan buat kamu tertekan.Bagaimana mahu mengatasi gadis2 kurang baik yang boleh mengganggu kamu?berzikirlah dan istigfar kepada Allah.Bukankah ada ayat mengatakan dengan mengingati Allah hati2 menjadi tenang.cuba baca ini PANAS PANAS!!KLIK LAH

.Jaga duit kamu baik2.Berhati2lah.

Bergaullah dengan gadis2 di hostel yang dah tinggal situ bertahun2.Bagaimana mereka berhadapan dengan apa pun?Pergilah tanya.

Di sini kamu perlu bertenaga.Jadi,sebelum kamu datang sini,latih diri kamu senaman untuk dapatkan stamina.Minum banyak air.Ia bagus untuk perut kamu.Ia akan elakkan kamu dari cirit birit.Kami jarang makan sayur-sayuran di sini.Jadi,kamu perlu minum air.

Saya tak dapat menahan diri dari gula2 yang mereka jualkan di sini.Saya takut kena kencing manis pada masa yang sama.Saya minum banyak air untuk jaga  kandungan gula dalam badan.Saya tak tahulah ok atau tidak buat macam ni.Saya hantar surat kepada pakar motivasi yang bercakap pada kami Rabu lepas.Dia kata mahu berjumpa dengan saya sebab dia tak dapat jawab soalan saya tanpa mengetahui saiz badan saya.Ok,saya akan tahu jawapannya bila berjumpa dengannya.Saya akan beritahu jawapannya bila dah jelaskan pada saya okay.

Itu sahaja.Harap2 kamu juga boleh kongsi tip2.Memberi semangat pada saya dan kami jadi baik.Selamatlah!