Thursday, April 7, 2011

Gambar2 QIYAMULAIL MAC 2011 DI PONDOK INI

27hb Mac yang lepas,madrasah misbah AlFalah (puteri) mengadakan qiyamulail yang berlangsung dari 27hb Mac hingga 29hb Mac.

Mari kita lihat gambar-gambar aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada Qiyamulail lepas


khamis malam jumaat.Lepas baca yasin di masjid.Kami burdah ramai-ramai.Kali ni Lujnah keamanan ambil pentas untuk burdah.



lepas itu ada explorace.Saya jadi kakak facy kumpulan 7.Kumpulan saya cekap mengumpul barang dan jawapan yang harus dicari tanpa panduan dari saya.Isnawati dilantik menjadi ketua kumpulan 7.Murid yang berumur 15tahun berasal dari sungai Buloh,Selangor ini memang bijak menyusun strategi.Pada malam ini explorace dihentikan pada pukul 12 dan disambung keesokkan paginya.Kami semua tidur di surau puteri


saya juga AJK ibadah.saya dapat tugas jaga surau ini sepanjang tahun kot


explorace hari ke-2.

Semasa bangun dalam pukul 4pagi(hari kedua),kami solat sunat tahajjud,solat taubat,solat hajat dan subuh.Dalam pukul 6.30pagi kami ada kuliah kitab ummi.Dalam pukul 10 rasanya kami sambung main explorace.Saya sempat pula tunjukkan buku belajar bahasa Arab pada Fannuriah ketua ibadah kami sementara menunggu.Lepas tu ada main "kahwin,tunang,cerai".Saya dan kakak2 facy yang lain buat demo.Murid-murid lain pun main.Penat! tapi kelakar


pada waktu petangnya ada acara kerusi berirama.acara itu berlangsung selepas asar.Sebelum asar kami diberi rehat sampai pukul 4petang.Tidur lah.Tapi entah kenapa saya tak boleh tidur jadi saya ajak rakan-rakan saya gusti lengan.Saya kalahkan Annur Nazura murid dari Shah Alam dan Umi khairiah dari Kedah,lepas tu saya dikalahkan oleh ummi syafiqah murid dari Grik,Perak.Ummi pulak dikalahkan Isnawati murid dari Sungai Buloh.Lepas tu saya ajak ika(bendahari perpustakaan)main "samekenik" (lawan ibu jari).Lepas tu kena marah sebab tak reti nak tidur.Maaf maaf..ok saya buat-buat tidur..Apa la ili ni.Tapi saya ada bawak buku teka teki saya.teka teki kelakar pulak tu.. Saya dan kawan-kawan yang tak reti nak tidur kena kawal la gelak.Jangan gelak kuat-kuat.


ini lah isnawati.murid yang cerdas lagi cergas tu.Ni untuk acara main makan kek.Dua orang ahli kumpulan ,mata mereka ditutup dan mereka harus cuba untuk suapkan kek ke mulut rakan.Acara yang menggelikan hati.Haha.


Malam itu lepas acara pertandingan nasyid antara kumpulan 1 sampai 7 (kumpulan saya dapat nombor 4),kami ada muhasabah diri.Lampu ditutup dan warden asrama kami Halimatussaadiah(kakcik) yang membimbing kami pada malam muhasabah diri kami malam itu.Saya suka suaranya dan cara dia membuat kami ingat tentang penat lelah ibu bapa kami.Ayu juga menyumbang kata-kata pedoman pada muhasabah diri kali ini


Sebelum pukul 10pagi,kami ke bendang bersama ustazah Aisyah.Saya suka bila adanya lawatan ke bendang.Suasana sawah menghijau..Pagi ini pagi yang indah


cuba teka ada berapa orang dalam gambar ini?haha

Bila sampai di sini..Kami semua disuruh membuat barisan panjang dan Ayu murid dari Johor mengajar kami senamrobik.Dia bagi saya peluang kongsi langkah-langkah senamrobik yang saya tahu.Sebelum saya masuk pondok lanai,saya memang ikut senamrobik dengan menonton vcd dan youtube.Terima kasih Ayu.Ayu pandai ajar regangan..Saya belajar dari dia juga.Ayu pun dilantik menjadi kakak facy juga.

Selepas lawatan ke bendang kami dibenarkan pulang ke asrama dan pondok masing-masing.Acara tamat pada 29hb Mac sebelum Zohor.