Thursday, March 10, 2011

Apa itu pondok Lanai?


                                  (pondok-pondok kediaman murid-murid misbah Al Falah)



Madrasah Misbah Al Falah,Banggol Berangan, Parit Panjang,09120 Baling,Kedah Darul Aman.Malaysia
                                                       
no telefon pengetua(ustz md mokhtar):0195605675 ustzh sofiah hussien(penyelia putri):0194242057 ustazah aisyah salleh:0134330636
Pondok Lanai..hmm.Mula-mula kita fahami dulu apa itu pondok.Kalau bagi kanak-kanak di Malaysia pondok itu tempat bermain masak-masak "jom main masak-masak".Haa..itu maksudnya mahu main masak-masak lah.Tapi kalau belajar di Pondok.Tak kira kecil atau besar,tua atau muda,miskin atau kaya,pandai atau kurang pandai boleh saja belajar di Pondok.Belajar di pondok bermaksud belajar agama di suatu tempat khas berhimpun.

Ada satu masjid atau surau yang kelilingnya ada pondok-pondok kecil yang didiami murid-muridnya.

Berbalik semula ke Pondok Lanai.Ya,di Malaysia ada banyak pondok terutama sekali di negeri Kedah.Ada pondok cuma orang-orang tua dan kaum lelaki sahaja boleh belajar.Ada pondok yang lelaki dan perempuan  belajar bersama.



Pondok Lanai atau juga dikenali dan tertulis di gerbang pintu sekolah/pondok Madrasah Misbah Al Falah pula bagaimana?Lelaki boleh dan perempuan juga boleh.Tak kira umur dan kelayakan masuk.Asal mau mengaji dan belajar..Boleh saja mendaftarkan diri.


Saya rasa semua orang boleh belajar di sini.Masuk ke pejabat dengan gambar kamu dan kad/kartu pengenalan kamu dan kamu daftarlah masuk.Pengetua Pondok Lanai bernama Ustaz Mad Mokhtar berkata asalkan orang itu mau belajar,dia diterima masuk belajar di sini.Sekolah pondok ini ada sekolah untuk lelaki sahaja dan perempuan sahaja.



Ada dua cara belajar di Pondok Lanai

Nombor 1: Kamu hanya perlu pergi ke masjid Pondok Lanai selepas subuh,selepas maghrib dan selepas isyak untuk mendengar ustaz-ustaz membaca dan mengajar kitab-kitab agama(kitab ummi).Selalunya warga tua yang memilih cara belajar nombor satu.

Nombor 2:Memakai baju sekolah dengan kasut sekolah dan masuk kelas-kelas(pagi dan petang)belajar 15 subjek(itu termasuk matematik,khat(semuanya dalam bahasa Arab(ustaz dan ustazah akan ajar kamu cara nak alihbahasa) kecuali buku tajwid dalam bahasa Melayu)Kamu kena patuh peraturan sekolah.Kami ada pengawas-pengawas sekolah dan guru-guru untuk menghukum jika kami buat salah.cara belajar nombor satu pun termasuk dalam cara pmebelajaran nombor dua ini.Kuliah yang terakhir tamat pukul 11.30malam

Saya memilih!!!!!!!!!

Cara belajar nombor dua.Ok kami ada seorang wanita berumur 52 tahun belajar satu sekolah dengan kami.Dia belajar di kelas 'edadi(kelas persedian).Dia datang sekolah memakai uniform sekolah.Saya respek dia.Dia ada keberanian.Namanya Hasnah

Kami ada pelajar perempuan yang datang dari negara lain.Dari Thailand.Dan beberapa orang berasal dari Indonesia.

Itu saja untuk post kali ini.Saya akan beritahu kamu lebih lagi tentang pondok lanai bahagian perempuan.Kami ada perpustakaan.Ia baru sahaja dibuka selepas 4tahun ia ditutup.Saya akan beritahu tentangnya kemudian nanti.Ok jumpa lagi.

pondoklanai@misbah alfalah perlukan dana klik link ini http://eleepondoklanai.blogspot.com/2011/03/tahun-2011-pondok-lanai-perlukan-dana.html

3 comments:

  1. Blh bg alamat penuh Pondok lanai ni, sy nk g sane

    ReplyDelete
  2. Saya boleh masuk situ? Dari Indonesia. Apa syarat nya

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, boleh tahu syarat dan yuran. Serta bila mula kemasukan pelajar baru?

    ReplyDelete