Thursday, March 10, 2011

Tujuan buat website tentang pondok Lanai


Assalamualaikum w.b.t

Panggil saja saya Ili.Saya baru saja mendaftarkan diri menjadi pelajar pondok Lanai yang juga dikenali sebagai Madrasah Misbah Al Falah ^^ pada tahun 2011,1 Januari dan terus masuk kelas tingkatan satu.Iya,patutnya saya masuk kelas 'edadi(kelas persediaan) tapi disebabkan saya ada pengetahuan asas-asas arab dan tajwid sekerat dua,jadi saya dibenarkan masuk ke kelas satu.

yup.Alhamdulillah.. macam saya cakap kat Ustaz Mat(pengetua Misbah Al Falah),saya akan promosi Pondok Lanai.Saya bersekolah di Pondok Lanai(sekolah perempuan(untuk pengetahuan anda Pondok Lanai ada sekolah untuk lelaki juga.Tak kira umur, boleh saja masuk menjadi pelajar.Kami ada seorang makcik berumur 52tahun memakai uniform sekolah dan belajar di kelas 'edadi setiap hari).

Saya sangat terharu.Ustaz Mat telah mengeluarkan RM 5 ribu untuk mempercepatkan projek tandas untuk asrama perempuan baru-baru ini^^ dan saya mengucapkan takziah pula pada Ustaz Mat sebab saya dengar dia sedang sakit.Sakit jantung.Semoga Allah menyembuhkan lelaki yang baik hati ini ..Amin.

Dalam web ini saya akan menaip dan memberitahu kepada pembaca-baca website ini tentang pondok lanai dari kaca mata seorang hamba yang agak jahil lagi tak pandai bagai hal agama iaitu saya sendiri,Cik Ili.Dari dulu tabiat saya mencari apa-apa yang terbaik dari apa pun.Sekarang saya dan pondok lanai.Saya akan ceritakan apa yang saya dapat,jumpa,keseronokan pengajian di sini,buku-bukunya,aktiviti-aktivitinya dan lain-lain.

Harap anda dapat mengikuti terus-terusan web ini..Bila saya balik bercuti sekolah,blog ini akan dikemaskini.

No comments:

Post a Comment