Sunday, March 13, 2011

Sejarah Pondok Lanai@Madrasah Misbah Al Falah

Pengenalan

Madrasah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Guru Haji Omar Zuhdi b Salleh pada tahun 1958 Masihi bersamaan 1378H dan telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah,Malaysia bernombor pendaftaran NO:10/64 bertarikh 7.81378H bersamaan 15 April 1964M

Madrasah ini terletak di atas sekeping tanah seluas 12relong,bertempat di atas satu kawasan pendalaman suatu masa dahulu yang diberi nama Kampung Banggol Berangan,Parit Panjang,Baling,Kedah Darul Aman,Malaysia.

Bermula dengan sebuah bangunan madrasah yang dibangunkan oleh Tuan Guru bersama masyarakat setempat,akhirnya berkembang dan berterusan hingga ke hari ini.


Rumah pengetua(Ustaz Mad Mukhtar b Haji Omar Zuhdi)


kediaman pelajar-pelajar lelaki di Pondok Lanai


Madrasah dalam lipatan sejarah


Tahun 1958 :Tertubuhnya Madrasah Misbah Al Falah,Kampung Banggol Berangan mula dibuka.

Tahun 1961  :Sistem sekolah mula dijalankan untuk pelajar lelaki sahaja.Antara kitab yang digunakan:
                  
                     1.Matan Jurumiyah                           5.Syuzu
                     2.Kafrawi                                        6.Mughni
                     3.Azhari                                           7.Fathul Qorib
                     4.Qatrunnada

Tahun 1987  :Sistem sekolah mula dijalankan untuk pelajar perempuan dan murid perempuan yang pertama.

                    1.Hajjah Khadijah bt Hj Omar Zuhdi
                    2.Fatimah bt Shaari
                    3.Siti Bunga

Sekolah pelajar lelaki di Madrasah(tapak lama)
Sekolah perempuan ditempatkan di tapak rumah Ustazah Zabedah sekarang ini.
Pada tahun ini madrasah yang baru  mula dibina.

Tahun 1969-1970:Pembinaan sekolah baru untuk pelajar perempuan

Tahun 1980         :Kelas thadiri diganti dengan Kelas 'edadi.
                            Kelas enam dimansuhkan dan digantikan dengan kelas 'edadi hingga ke kelas lima.

Tahun 1983         :Perasmian bangunan Tambahan sekolah puteri yang dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Abd  
                            Hadi b Awang.

Tahun 1995        :Pembinaan bangunan sekolah baru tingkat tiga untuk pelajar puteri.

Tahun 1996       :Ditubuhkan lanjutan kelas enam

Senarai Mudir(pengetua) yang pernah berkhidmat


1.Tuan Guru Haji Omar Zuhdi b Salleh
2.Ustaz Abdullah b Haji Hamzah
3.Ustaz Haji Abu Bakar b Ibrahim

Senarai setiausaha yang pernah berkhidmat

1.Ustaz Ahmad b Haji Hamzah
2.Ustaz Haron b Md Isa
3.Ustaz Nawi b Haji Salleh
4.Ustaz Kadir b Kassim
5.Ustaz Abu Bakar b Ibrahim
6.Ustaz Hashim b Ariffin


:)Maklumat-maklumat ini saya dapat dari majalah sekolah Pondok Lanai tahun 1996.Saya jumpa majalah itu di bawah timbunan buku di maktabah/perpustakaan(masa tu perpustakaan tengah berselerak dan sekarang perpustakaan itu dengan jayanya dibuka semula selepas saya dan rakan-rakan mengemas semula perpustakaan itu.Lawatilah sekolah kami ^^ )